header

Angkatan baru /

Hamka, 1908-1981.

Angkatan baru / [oleh] Hamka. - Jakarta : Gema Insani , 2016. - x, 88 p.; 20 cm.

Sebuah novel pendek Prof. Dr. HAMKA. Novel ini mengisahkan keruntuhan institusi kekeluargaan disebabkan masalah adat (Minangkabau). Hassan dan Syamsiar, masing-masing lulusan agama yang dipandang tinggi. Masalah yang menimpa mereka bermula apabila kedua-duanya berkahwin dan terpaksa mengikut adat. Hassan terpaksa duduk di rumah mertuanya, sehingga pekerjaannya mengendalikan pesantrain (sekolah pondok) terjejas. Manakala Syamsiar pula gagal menjalankan fungsi sebagai isteri lantaran semuanya disediakan. Dengan kata lain, dia hanya duduk berpeluk tubuh di rumah, masakan yang dimakan disediakan. Begitu juga dengan urusan rumahtangga yang lain dibereskan oleh pembantu rumah atau ibunya. Sebagai mencari jalan keluar, Hassan mula menjauhkan diri daripada rumah. Dia kembali ke pondok dan cuba membangunkan semula sistem pondok yang kian lesu. Dia jarang-jarang berada di rumah sehingga lupa tanggungjawabnya sebagai suami. Ketika kesunyian ini, Syamsiar telah mengutus surat kepada sahabat lama mereka, Shamsuddin. Dalam warkah pertama beliau, dia tidak memaklumkan kepada Shamsuddin bahawa dia sudah bersuami. Surat itu dibalas dengan lamaran Shamsuddin yang akhirnya dapat dibaca oleh Hassan walau pun Syamsiar meletakkan surat itu di dalam laci berkunci. Hassan mengutus surat kepada sahabatnya Shamsuddin menerangkan situasi sebenar. Akhirnya, atas desakan keluarga Hassan pun bercerai dengan Syamsiar. Dan Syamsiar sekali lagi mengutus surat kepada Shamsuddin memohon maaf dan mengatakan persetujuannya untuk menerima lamaran Shamsuddin sebelum itu. Namun begitu, jawapan itu telah terlambat lantaran Shamsuddin mahu menjaga persahabatan di antara mereka bertiga. Akhirnya Syamsiar menerima lamaran seorang saudagar kaya dan turut berpindah mengikut suaminya yang baharu. Ketika keadaan genting yang melanda keluarga Hassan dan Syamsiar, Prof. Dr. HAMKA tidak meletakkan hukuman. Beliau mengajak pembaca berfikir dan melakarkan muhasabah bagi setiap diri (watak) sebagai melihat rasional tindakan mereka. Dalam babak setelah Hassan mendapat tahu isterinya menulis surat kepada Shamsuddin tanpa izinnya, beliau memanglah marah. Tetapi kemarahan itu tidak diluahkan bahkan dia dengan tenang meminta sahabat mereka Shamsuddin untuk benrhenti mengutus surat kepada isterinya. Dia juga cuba sedaya upaya memulihkan kembali hubungannya dengan Syamsiar seolah-olah hal itu tidak berlaku. Tetapi akhirnya dia terpaksa juga tunduk dengan desakan keluarganya untuk berpisah dengan isterinya kerana itulah adat mereka. Angkatan Baru mengkritik sikap sesetengah lulusan sekolah tinggi (universiti) khususnya perempuan yang tidak lagi mementingkan kemahiran di rumah. Mereka digambarkan hanya bijak soal akademik tetapi sangat lemah dalam bab pengurusan rumah seperti memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah dan sebagainya. Selain itu dikritik juga falsafah dan makna sebuah perkahwinan; apakah dengan berkahwin itu bermakna suami dan isteri hanya berseronok menyuburkan cinta tanpa memikirkan kemaslahatan ummah? Carilah jawapannya di dalam Angkatan Baru ini.

6022502934 9786022502937


Hamka, 1908-1981.


Family--Fiction.
Indonesian fiction--20th century.
Marriage--Religious aspects--Islam--Fiction.

PL5089.A5 / A7 1962