000 03914cam a22002891 4500
008 160918s2016 io 000 0 ind d
020 _a6022502934
020 _a9786022502937
040 _aEG-GiCUC
_bind
_cEG-GiCUC
050 0 0 _aPL5089.A5
_bA7 1962
092 0 4 _a899.22133
_bH222a
_221
099 _a04
_a899.22133 H222a
100 0 _aHamka,
_d1908-1981.
245 1 0 _aAngkatan baru /
_c[oleh] Hamka.
260 _aJakarta :
_bGema Insani ,
_c2016.
300 _ax, 88 p.;
_c20 cm.
500 _aSebuah novel pendek Prof. Dr. HAMKA. Novel ini mengisahkan keruntuhan institusi kekeluargaan disebabkan masalah adat (Minangkabau). Hassan dan Syamsiar, masing-masing lulusan agama yang dipandang tinggi. Masalah yang menimpa mereka bermula apabila kedua-duanya berkahwin dan terpaksa mengikut adat. Hassan terpaksa duduk di rumah mertuanya, sehingga pekerjaannya mengendalikan pesantrain (sekolah pondok) terjejas. Manakala Syamsiar pula gagal menjalankan fungsi sebagai isteri lantaran semuanya disediakan. Dengan kata lain, dia hanya duduk berpeluk tubuh di rumah, masakan yang dimakan disediakan. Begitu juga dengan urusan rumahtangga yang lain dibereskan oleh pembantu rumah atau ibunya. Sebagai mencari jalan keluar, Hassan mula menjauhkan diri daripada rumah. Dia kembali ke pondok dan cuba membangunkan semula sistem pondok yang kian lesu. Dia jarang-jarang berada di rumah sehingga lupa tanggungjawabnya sebagai suami. Ketika kesunyian ini, Syamsiar telah mengutus surat kepada sahabat lama mereka, Shamsuddin. Dalam warkah pertama beliau, dia tidak memaklumkan kepada Shamsuddin bahawa dia sudah bersuami. Surat itu dibalas dengan lamaran Shamsuddin yang akhirnya dapat dibaca oleh Hassan walau pun Syamsiar meletakkan surat itu di dalam laci berkunci. Hassan mengutus surat kepada sahabatnya Shamsuddin menerangkan situasi sebenar. Akhirnya, atas desakan keluarga Hassan pun bercerai dengan Syamsiar. Dan Syamsiar sekali lagi mengutus surat kepada Shamsuddin memohon maaf dan mengatakan persetujuannya untuk menerima lamaran Shamsuddin sebelum itu. Namun begitu, jawapan itu telah terlambat lantaran Shamsuddin mahu menjaga persahabatan di antara mereka bertiga. Akhirnya Syamsiar menerima lamaran seorang saudagar kaya dan turut berpindah mengikut suaminya yang baharu. Ketika keadaan genting yang melanda keluarga Hassan dan Syamsiar, Prof. Dr. HAMKA tidak meletakkan hukuman. Beliau mengajak pembaca berfikir dan melakarkan muhasabah bagi setiap diri (watak) sebagai melihat rasional tindakan mereka. Dalam babak setelah Hassan mendapat tahu isterinya menulis surat kepada Shamsuddin tanpa izinnya, beliau memanglah marah. Tetapi kemarahan itu tidak diluahkan bahkan dia dengan tenang meminta sahabat mereka Shamsuddin untuk benrhenti mengutus surat kepada isterinya. Dia juga cuba sedaya upaya memulihkan kembali hubungannya dengan Syamsiar seolah-olah hal itu tidak berlaku. Tetapi akhirnya dia terpaksa juga tunduk dengan desakan keluarganya untuk berpisah dengan isterinya kerana itulah adat mereka. Angkatan Baru mengkritik sikap sesetengah lulusan sekolah tinggi (universiti) khususnya perempuan yang tidak lagi mementingkan kemahiran di rumah. Mereka digambarkan hanya bijak soal akademik tetapi sangat lemah dalam bab pengurusan rumah seperti memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah dan sebagainya. Selain itu dikritik juga falsafah dan makna sebuah perkahwinan; apakah dengan berkahwin itu bermakna suami dan isteri hanya berseronok menyuburkan cinta tanpa memikirkan kemaslahatan ummah? Carilah jawapannya di dalam Angkatan Baru ini.
600 1 0 _aHamka,
_d1908-1981.
650 0 _aFamily
_xFiction.
650 0 _aIndonesian fiction
_y20th century.
650 0 _aMarriage
_xReligious aspects
_xIslam
_vFiction.
902 _a1
905 _aJamal
_eCat.
905 _aJihan
_eRev.
942 _2ddc
_cBK
999 _c144914
_d144914